Tindakan Caprice Minta Maaf Dipuji Netizen Tapi Jadi Ke 21 Julai Ini ???

TINDAKAN penyanyi rap, Caprice yang tampil memohon maaf ternyata mengejutkan ramai pihak terutamanya dalam kalangan netizen.

Menerusi pemantauan media di Instagram, reaksi netizen agak bercampur baur.

Sekadar info, Caprice menerusi hantaran terbaru di laman sosial Instagram (IG)nya telah membuat permohonan maaf kepada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan pendakwah bebas Ebit Lew.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Ada yang syukur kemelut ini telah berakhir, malah tidak kurang juga ramai yang berbangga dengan Caprice kerana berani memohon maaf secara terbuka.

Pun begitu, masih ada yang tertanya adakah pendedahan pada 21 Julai ini akan berlangsung seperti biasa atau tidak.

Adakah dengan permohonan maaf itu, semua yang dirancang akan dibatalkan?

Semua itu menjadi tanda tanya netizen ketika ini.

“Don’t worry Cap, ramai nak kamu dan Ustaz Ebit Lew bersatu, take care yourself”

“Bukan mudah nak minta maaf secara terbuka, salute la Cap”

“Orang yang hebat adalah yang minta maaf dan akui silap”

“So 21 ni jadi tak live, kami masih menunggu, semoga dipermudahkan,” tulis beberapa netizen.

Menerusi hantaran tersebut Caprice mengakui terlalu beremosi dan semua yang berlaku adalah berpunca daripada kesilapan dirinya.

Nama Caprice menjadi kontr0versi beberapa hari lalu selepas memuat naik beberapa hantaran di IG, meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Isu menjadi semakin panas apabila nama Ebit Lew turut disebut dan warganet mengecam tindakan tersebut sehingga mendakwa Caprice berdengki dengan penceramah bebas tersebut.

Terima Kasih

sumber : Gempak

Harap Maaf