Sanggup Berhabis RM171,500 Untuk Topeng Muka Emas

PUNE – Seorang lelaki di India sanggup menghabiskan AS$40,000 (RM171,500) untuk topeng muka khas bagi melindunginya daripada kor0nav1rus (c0v1d-19).

Menurut ahli perniagaan, Shankar Kurhada, 49, dari bandar Pune, topeng bersalut 60 gram emas itu mengambil masa selama lapan hari untuk dihasilkan.

“Ia ialah topeng muka yang nipis dan mempunyai liang kecil yang membolehkan saya bernafas. Saya tidak pasti sama ada ia boleh melindungi saya daripada j4ngk1tan c0v1d-19, namun saya ada juga mengambil langkah berjaga-jaga yang lain,” ujarnya.

Jelas Kurhada, dia suka memakai perhiasan emas termasuk gelang tangan dan rantai yang beratnya mencecah sehingga satu kilogram.

“Saya mendapat idea selepas membaca laporan media tentang seorang lelaki memakai topeng muka diperbuat daripada perak. Orang ramai turut meminta untuk mengambil swafoto bersama saya. Mereka kagum melihat saya memakai topeng muka di pasar,” ujarnya.

Ketika ini, India telah mewajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam sebagai usaha untuk membendung penul4ran c0v1d-19 yang telah mencatatkan kira-kira 650,000 kes j4ngk1tan dan lebih 18,600 kem4tian. – AFP

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Sinar via SoyaLemon

Harap Maaf