Trend Pemakaian Tanjak Di Pawagam Undang Perdebatan Netizen Setelah DiDkwa MenghaIang Tontonan

SEPERTI ramai sedia maklum, minggu ini menyaksikan filem Mat Kilau secara rasminya hadir di pawagam seluruh Malaysia. Kehadiran filem ini di layar perak nyata mendapat sambutan yang baik setelah berjaya muncul sebagai filem melayu epik dengan jumlah kutipan tertinggi pada hari pembukaan.

Nanti Jangan Lupa Untuk Follow ๐—•erita ๐—›ฤฑส™uส€แด€แดŽ ๐—ฆemasa Juga Yaaa ๐Ÿ˜˜ TQ

Di sebalik keterujaan orang ramai menonton filem yang mengetengahkan kebangkitan pahlawan Melayu dan silat ini, terdapat golongan penonton yang memilih untuk mengenakan busana Melayu tradisional beserta pemakaian tanjak.

Dalam pada itu, siapa sangka pemakaian tanjak di kalangan penonton nyata turut membuatkan segelintir penonton lain berasa kurang senang berikutan saiz tanjak yang besar sekaligus menghalang tontonan penonton lain di pawagam.

Isu yang tuIar di media sosial ini nyata menjadi perd3batan di kalangan Netizen di mana terdapat yang bersetuju dan tak mempunyai masaIah buat penonton yang memakai tanjak dan terdapat pula golongan yang menoIaknya.

Tidak kurang juga yang berpendapat pemakaian busana tradisional Melayu beserta tanjak ke pawagam sebagai berlebihan. Berikut merupakan respon Netizen mengenai isu ini.

Menurut respon Netizen, gambar yang diambil seolah sengaja diambil daripada paras bawah sekaligus membuatkan tanjak dan kepala penonton hadapan terhalang. Selain itu, terdapat Netizen yang mencadangkan agar mereka yang memakai tanjak untuk membuka seketika sewaktu menonton filem di pawagam.

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya dan tak lagi berulang agar setiap penonton memperoleh keselesaan dalam menonton filem yang sedang trending ketika ini.

Berdasarkan jumlah kutipan yang diperoleh hari pertama, tidak mustahil filem Mat Kilau bakal memperoleh jumlah kutipan akhir sehingga puluhan juta Ringgit jika terus mendapat sokongan daripada penonton.

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di ๐—•erita ๐—›ฤฑส™uส€แด€แดŽ ๐—ฆemasa

sumber : vocket

Harap Maaf