Tun M Masih Berada Di IJN

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan di Institusi Jantung Negara (IJN) di sini.

Menurut kenyataan IJN hari ini, pemriksaan kesihatan yang dijalankan ke atas Dr Mahathir dijangka selesai dalam masa beberapa hari lagi.

Berikutan itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang dan Ahli Parlimen Langkawi perlu terus berada di IJN sehingga semua pemriksaan berkenaan selesai.

“Bagi mematuhi SOP semasa, tiada pelawat dibenarkan melawat beliau,” menurut kenyataan IJN itu.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 petang semalam bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

sumber : Harian Metro

Harap Maaf