Untuk Yang Degil Masih Ingkar, Tokti Rayu Dengan Lagu #dudukrumah!

Sudah masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan, namun masih ramai lagi rakyat Malaysia memandang kecil isu ini.

Ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab masih keluar tanpa sebab yang kukuh membuatkan nyawa orang sekeliling terancam.

Melihatkan situasi yang semakin membimbangkan, ramai selebriti dan individu berpengaruh di media sosial yang menjalankan kempen untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia.

Sumber : Instagram Neelofa

Tidak terkecuali, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut sama menjalankan kempen ini, malah dengan cara yang sangat unik. Tokti telah memuat naik sebuah video yang melihatkan beliau menyanyi lagu ciptaannya sendiri bertajuk Duduk Rumah.

 

View this post on Instagram

 

Versi IGTV: Pengawalan Pergerakan, kita patuhi bersama-sama. #dudukrumah #stayathome #7Nasihat

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Nasihat ini jangan tak dihirau

Duduk rumah janganlah merayau

Corona virus haruslah dirisau

Duduk rumah janganlah melilau

 

Video Tokti ini mendapat reaksi positif netizen yang memuji tindakan beliau dalam meringankan beban kerajaan untuk membendung wabak Covid-19.

“Ni kalau Corona ada telinga, dia pun dengar cakap Tokti”

 

Apa-apapun, syabas buat Tokti!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Forum Cari

Harap Maaf