“Upin & Ipin Alat Propaganda Dari Malaysia” – Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia

UPIN & Ipin bukan sahaja berjaya menempa nama dan mempunyai pengikut yang ramai di Malaysia. Malah anak-anak di negara jiran juga turut tidak ketinggalan menikmati cerita dari sudut pandang dua anak kecil yang menjadi watak utama kepada animasi ini.

Bagi anak-anak, tidak kira di Malaysia atau Indonesia. Upin & Ipin mungkin di anggap sekadar kartun biasa. Tetapi bagi Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia atau KPI Agung Suprio, beliau mengatakan bahawa Upin & Ipin adalah propaganda Malaysia kepada dunia luar.

Dia yang ditemuramah dalam Podcast Deddy Corbuzier yang disiarkan di YouTube menyatakan bahawa Upin & Ipin adalah simbol budaya dan imej Malaysia ke dunia luar yang bukan sahaja berbilang bangsa, malah ramah dan beragama.

“Upin-Ipin dapat disebut propaganda, propaganda positif. Upin-Ipin dapat memperkenalkan Malaysia atau imej Malaysia ke dunia luar yang berbilang budaya, sopan, ramah dan beragama,” kata Agung.

Memetik laporan laman Suara, Agung menyatakan alasan beliau disebalik dakwaan tersebut adalah disebabkan animasi ini mendapat subsidi dari Kerajaan Malaysia, jadi secara tidak langsung ini adalah produk untuk menyebarkan imej Malaysia pada dunia luar, “Jadi, ya propaganda pada akhirnya.”

Dan dia menyatakan sebab kenapa Indonesia masih tertinggal di belakang dalam penyiaran kartun buatan negara itu sendiri adalah kerana kos yang besar harus dikeluarkan untuk membuat animasi versi Indonesia.

“Sekiranya kita menghasilkan kartun Indonesia, itu sangat mahal. Walaupun orang yang membuat kartun di Indonesia tidak kurang hebatnya, dan ada begitu banyak, tidak sedikit,” kata Agung Suprio, yang dipetik oleh Suara.com dari saluran Youtube Deddy Corbuzier.

Sudah lebih 10 tahun animasi Upin & Ipin ini bertapak di Malaysia, ini 10 sebab mengapa animasi ini masih menjadi antara animasi paling popular di Malaysia.

Sedar tak sedar siri animasi 2 budak kembar berkepala botak dan rakan-rakannya ini sudah 10 tahun menghiburkan kita.

Jika dilihat kepada tempoh ini, pastinya kanak-kanak yang membesar disepanjang tempoh ini sudahpun bersekolah di darjah 4.

Tapi Upin Ipin tak besar-besar pun? Hmm.. betul betul betul.

Hehe. Nama pun animas kan? Jika dah besar hilanglah kecomelannya.

upin-ipin-1

upin-ipin-6

Bersempena 10 tahun siri animasi Upin Ipin yang telah menghiburkan rakyat Malaysia ini, saya bawakan 10 sebab kenapa Upin Ipin kekal menjadi siri animasi yang digemari ramai.

1. Upin Ipin sebagai idola

Ramai kanak-kanak menganggap Upin & Ipin adalah sebagai diri mereka sendiri. Mereka ingin menjadi seperti Upin Ipin dan tiru apa yang Upin Ipin lakukan.

Contohnya seperti di dalam episod ‘Berpuasa’, ramai adik-adik yang ingin turut berpuasa selepas melihat Upin Ipin berjaya berpuasa.
Itu belum tengok lagi dalam episod ‘Bersunat’, mesti ramai yang nak bersunat lepas tu.

2. Suasana kampung di dalam dunia moden

Siri Upin Ipin membawa penonton kembali kepada zaman kampung. Meskipun animasi ini sebenarnya berlaku ketika dalam keadaan semasa, tetapi latar belakang dan gaya hidup di kampung digambarkan dengan baik.

Daripada sawah padi, pokok kelapa, basikal tua hinggalah kepada mesin menoreh getah. Sesiapa yang pernah tinggal di kampung pasti akan merindukan zaman ni.

3. Permainan tradisional Upin Ipin

Sering bermain permainan tradisonal yang pernah popular dulu seperti guli, gasing, layang-layang, batu seremban sehinggalah kepada laga ikan.

Kalau zaman sekarang, mesti ramai adik-adik yang tak pernah merasa permainan macam ni.

Inilah masanya ibubapa bercerita pengalaman mereka bermainan permainan tradisional ketika anak-anak mereka menonton cerita Upin Ipin.

upin-ipin-2upin-ipin-3

4. Berbilang bangsa

Konsep berbilang bangsa sememangnya menjadi salah satu elemen yang unik di dalam siri Upin & Ipin.

Di dalam cerita Upin Ipin terdapat watak pelbagai bangsa seperti Mei Mei, Jarjit, Rajoo, Devi dan ramai lagi. Watak Susanti pula adalah berasal daripada Indonesia.

Kiranya siri Upin Ipin ni menerapkan sifat perpaduan pelbagai bangsa dari peringkat kanak-kanak lagi. Patutlah mereka dilantik sebagai Duta Unicef Malaysia.

5. Imaginasi tanpa had

upin-ipin-7

Bukan semua episod Upin & Ipin berkisarkan kehidupan di kampung sahaja.

Banyak juga episod Upin & Ipin yang melangkaui imaginasi kanak-kanak seperti episod Ultraman Ribut, Demi Metromillenium, Kembara Ke Pulau Harta Karun, Pin Pin Pom dan macam-macam lagi.

Episod Ultraman Ribut merupakan kerjasama diantara pihak produksi Les’ Copaque Production dan syarikat dari Jepun iaitu Tsuburaya Production.

6. Untuk tontonan keluarga

Percaya atau tidak, cerita Upin & Ipin ni bukanlah hanya untuk kanak-kanak saja tapi ianya juga untuk seisi keluarga.

Daripada baby berumur 1 bulan sehinggalah kepada atok dan nenek pun boleh layan cerita Upin & Ipin. Kiranya macam cerita yang sesuai untuk bonding time bersama keluarga.

Baca: Mural 3D Upin Ipin Di Luar Pejabat Les Copaque Jadi Tarikan Terbaru Di Shah Alam

upin-ipin-8
7. Cerita global

Semua episod Upin Ipin direka supaya sesuai untuk semua orang dan lapisan masyarakat.

Tak kisahlah bila dialih bahasa ke bahasa Jepun ataupun Turki, cerita yang ingin disampaikan tu masih sama. Mungkin ini kerana ceritanya dihasilkan dan disesuaikan dengan pasaran global.

Oleh sebab itu percaya atau tidak, cerita Upin Ipin juga dijadikan sebagai alat pembelajaran Bahasa Melayu bagi pelajar di negara China dan Korea.

8. Episod Puasa

Rasanya ramai yang tahu, episod pertama Upin & Ipin iaitu ketika mereka mula-mula berpuasa.

Episod pendek berdurasi 5 minit ini, mula ditayangkan di TV9 pada tahun 2006 dan terus menjadi popular. Semenjak dari itu, rasa macam tak lengkap sekiranya tak menonton cerita Upin & Ipin ketika bulan Ramadhan.

Ramai juga adik-adik yang belajar niat puasa melalui cerita Upin Ipin.

9. Dialog “Betul, betul, betul”

Dialog ataupun tagline “Betul, betul, betul” ni macam dah sebati dengan kita. Biasanya Ipin yang akan bercakap tagline ni bila bersetuju apa yang dicakapkan oleh Upin.

Oleh kerana dah terbiasa, kadang-kadang kita pun dah terbiasa cakap “Betul, betul, betul” dan tak sedar kita pun dah cakap macam Ipin.

upin-ipin-510. Episod cameo

upin-ipin-9

Selain episod fantasi, cerita Upin Ipin juga unik kerana terdapat beberapa episod yang mempunyai penampilan istimewa ataupun cameo watak-watak serta selebriti terkenal.

Episod cameo ni biasanya dilakukan oleh animasi antarabangsa seperti The Simpons.

Contoh episod cameo yang terkenal adalah penampilan seniman agong Allahyarham Datuk Aziz Sattar, Afdlin Shauki, Tun Mahathir, Tun Siri Hasmah, Datuk Jamali Shadat dan ramai lagi.

sumber : vocket

Harap Maaf