Usahawan Ini Kecewa DiKhianati Suami Sendiri Setelah Dibuang Dari Syarikat

PASTI ramai mengenali pasangan usahawan Nur Amirah dan El Azman yang merupakan founder kepada jenama pakaian Elrah Exclusive. Kemelut perhubungan antara pasangan ini pernah jadi tumpuan sebelum ini dan disangka sudah jernih apabila dilihat sudah berdamai semula.

Akan tetapi, Nur Amirah telah menddahkan bahawa dirinya telah dikh1anati suaminya menerusi sesi “live” di Instagram miliknya. Menurutnya, beliau telah dibuang daripada syarikat oleh suaminya sendiri selepas meminta untuk berpisah walaupun sebelum ini dirinya masih bergelar pengarah syarikat.

Akan tetapi, beliau menafikan dirinya giIakan harta kerana apa yang dilakukannya hanya untuk mendapatkan hak diri dan anak-anak. Tambahnya, Nur Amirah juga membangunkan syarikat itu ketika suaminya masih belum mempunyai apa-apa.

Malah, Nur Amirah juga mendedahkan bahawa pernah mengalami tekanan perasaan di awal perkahwinan mereka dan pernah meminta untuk diceraikan kerana tidak merasa bahagia. Bukan itu sahaja, beliau turut terpaksa pergi memeriksa kandungan sendirian sepanjang kehamilan kerana suami memberi alasan sibuk dengan kerja.

Nur Amirah juga kelihatan begitu sebak dan tertekan sehingga merayu agar suaminya segera melepaskan dirinya kerana sudah tidak tahan lagi hidup dalam perkahwinan yang tidak bahagia. Video sesi “live” tersebut telah banyak dikongsi kembali oleh netizen.

Hal tersebut menjadi perbualan ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan pendedahan yang dibuat usahawan tersebut. Malah, para netizen berharap hal itu dapat diselesaikan segera dan memberikan sokongan kepada Nur Amirah.

sumber : vocket

Harap Maaf