Ustaz Ahmad Fuad “Sekolahkan” Baby Shima

TNDAKAN penyanyi Baby Shima bergelek pada sambutan rumah terbuka hari raya baru-baru ini mendapat kcaman ramai apabila video persembahannya itu tuIar di media sosial.

Lebih meny4kitkan hati dan menambahkan kem4rahan apabila penyanyi yang turut popular di Indonesia itu mengeluarkan kenyataan dia bergelek kerana tahan kentut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Bukan saja dalam kalangan warganet, tapi perbuatan Baby Shima itu sengaja menimbulkan kntroversi mendapat perhatian golongan cerdik pandai dan agamawan yang tampil memberi teguran.

Penceramah bebas, Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar membuat surat terbuka terhadap Baby Shima yang mahu dia faham suasana Malaysia dan Indonesia tidak sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

“Saya selalu turun berd4kwah di Indonesia dan saya tahu pasaran hiburan di sana berbeza. Di sana hiburan mereka lebih berani malah terkadang menyambut Israk Mikraj pun ada yang sanggup menari. Pernah di tempat saya berkuliah agama namun konsert dangdut berhampiran bersebelahan. Waktu kuliah boleh terdengar ayat “Ayuh Goyang Mas” geleng kepala saya waktu kuliah”.

“Buat Shima saya cuma minta Cik faham yang suasana Malaysia dan Indonesia tak sama. Di sini agamanya dijaga oleh mufti dan ada perundangan yang memelihara. Adab dan suasananya masih cantik terpelihara. Hiburan juga masih lagi santun dan menjaga kemuliaan diri wanita. Namun semenjak dua menjak ini naik kembali di peranti telefon bimbit saya aduan dan nasihat orang ramai terhadap keberanian saudari dalam mengetengahkan hasil seni yang kurang cermat”.

“Tak saIah nak berseni tapi ingatlah agama harus menjadi sendi. Jangan terlebih berhibur sehingga maruah menjadi lebur. Shima adalah ikon hiburan, banyak adik-adik yang melihat dan menonton, maka jadilah artis yang memberi inspirasi positif dan panduan yang baik buat masyarakat terutama golongan remaja” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dai Fuad Mokhtar (@daifuadmokhtar)

Menerusi layangan sama, Ahmad Fuad berharap Baby Shima mengambil manfaat dari semua teguran yang diberikan pada dirinya.

“Shima pun pernah cakap, kenapa masyarakat tak boleh terima Shima walaupun Shima tak ganggu mereka. Memang betul Shima tak ganggu mereka secara fizikal tapi hati suami-suami orang yang tertarik dan memenuhi ruangan komen Shima tu menyebabkan banyak perempuan lain “insecure”. Pening kepala golongan isteri bila bergaduh mulalah muat naik di group Kisah Rumah Tangga”.

“Sebenarnya sifat maIu adalah perisai wanita daripada diambil kesempatan. Sifat MaIu adalah sifat yang lahir daripada hati yang jernih kepada Allah. Kita tak nak suasana ini mendatangkan kemorkaan daripada Allah. Saya takot dan semua orang takot”.

“Saya harap Shima dapat mengambil manfaat daripada segala teguran ini. Marilah membina masa depan hiburan tanah air yang lebih bersifat mendidik berbanding sekadar melalaikan. Saya tulis ni sebab Allah dan saya juga memohon agar Allah mengampunkan segala dosa kita” katanya.

Bagaimanapun usaha mendapatkan kenyataan daripada Baby Shima gagaI apabila mesej dan panggilan telefon tak berjawab.

sumber : Harian Metro

Harap Maaf