[VIDEO] TuIar Majlis Nikah DiMana Pengantin Memakai Kelengkapan PPE

K3S jangk1tan Cov1d-19 di Indonesia yang kembali meningkat membuatkan beberapa daerah di situ mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat untuk majlis keramaian seperti majlis nikah.

Baru-baru ini, tuIar sebuah video di TikTok yang memperlihatkan sebuah majlis pernikahan dilakukan dengan cara yang agak unik di negara jiran itu.

Untitled 3

Berdasarkan video yang dimuat naik, mereka yang hadir di majlis itu dilihat memakai Personal Protective Equipment (PPE). Menurut sumber, majlis tersebut dilangsungkan di daerah Grobogan, Jawa Tengah.

Lebih mengejutkan, pengantin perempuan dan lelaki juga dilihat masih memakai busana pengantin mereka, sambil memakai sut biru PPE di bahagian luar.

2 6

Majlis pernikahan tersebut diadakan di hadapan rumah pengantin perempuan, dengan hanya meja dan kerusi untuk kegunaan majlis. Manakala, kain putih digunakan sebagai hiasan dan tiada khemah untuk menghalang cahaya matahari.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah pun mencecah 1 juta jumlah tontonan dengan lebih 25,900 jumlah sukaan.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata warganet Indonesia beranggapan SOP yang ditetapkan adalah mengarut dan tidak bersesuaian dengan majlis ini.

Terima Kasih sumber : LobakMerah

Harap Maaf