Covid-19 : K3s j4ngkitan semakin meningkat, Ini Am4ran Keras Ismail Sabri – “Wajib Pakai Mask”

Pemakaian pelitup muka akan mula dijawibkan jika berada di tempat-tempat awam tertentu sepeti dalam tren dan tempat sesak.

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memutuskan bahawa peraturan ini akan mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2020.

“Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen, hari ini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia boleh menggunakan mask muka jenis lain seperti mask kain,, tetapi ia mesti dibuat mengikut spesifikasi tertentu mengikut garis panduan WHO, yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.

Beliau juga berpesan bahawa pelitup muka pakai buang mestilah ditukar setiap 3 jam ataupun tukar setiap hari kalau tidak berkemampuan.

Bagi keluarga  yang berpendapatan rendah, adalah lebih menjimatkan jikalau membuat topeng kain mereka sendiri mengikut spesifikasi yang akan segera dikeluarkan.

Lapor Sinar Harian, orang ramai boleh did3nda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny3kit Berj3ngkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Lobakmerah via DDP

Harap Maaf