Wanita Gantung Anak Sendiri, Buat Hubungan Kelamin Dengan Anjing

Seorang wanita didakwa bukan sahaja melakukan hubungan seks dengan anjing, malah dia tergamak membunuh kedua orang anaknya sendiri dengan cara menggantung diri.

Kejadian yang berlaku di Pennsylvania, Amerika Syarikat itu menyaksikan tertuduh Lisa Synder, 37 dikatakan membunuh dua anaknya, Conner, 8 dan Brinley, 4 di ruang bawah rumah mereka menggunakan tali kolar anjing.

Dia kini menjalani perbicaraan terhadap pertuduhan tersebut. Namun, Lisa mendakwa anaknya Conner membunuh diri kerana tekanan akibat sering dibuli di sekolah.

Metro UK melaporkan, kedua beradik itu ditemui di tingkat bawah tanah pada 23 September tahun lalu dalam keadaan masih hidup.

Namun, mereka meninggal dunia tiga hari kemudian ketika menerima rawatan di Hopsital Lehigh Valley.

Menerusi siasatan mendapati Lisa juga pernah membuat carian Google mengenai cara menggantung diri dan tempoh seseorang mati selepas terhidu gas karbon monoksida.

Di samping itu, wanita ini turut berhadapan dengan dakwaan berlaku kejam terhadap haiwan apabila dikatakan melakukan hubungan kelamin dengan anjing.

Kes akan disebut semula pada 12 Mac nanti.

Sumber: Metro UK

Harap Maaf