Wanita Ini Trouma Lihat Mngsa Meninggal Dunia Depan Mata Sebelum Naik “Hiking”

KETIKA ini, boleh dikatakan ramai orang mula mendaki ke bukit atau gunung untuk menikmati alam semulajadi selepas lama terkurung di rumah. Malah, anda pasti tidak akan melepaskan peluang jika dapat menyaksikan sendiri keindahan alam walaupun perlu berjalan jauh.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @amizaazlin berkongsi dirinya berasa trouma apabila melihat seorang wanita tidak sedarkan diri dibawa turun oleh kakitangan Taman-Taman Sabah. Malah, mngsa telah diberi bantuan kecmasan dan mngsa disahkan meninggaI dunia akbat sesak nafas.

Difahamkan, mngsa dikatakan mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan mendaki bukit di Pulau Bohey Dulang. Kejdian tersebut membuatkan Amiza berasa takut sebelum memulakan perjalannya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mendoakan mngsa tersebut. Hal itu juga membuka mata segelintir netizen bahawa sebenarnya bukannya boleh “hiking” tanpa keadaan fizikal yang bersedia.

Malah, para netizen mengatakan sebelum “hiking” seharusnya tahu keupayaan diri dan tidak terlalu memaksa diri untuk melakukan aktiviti lasak itu. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen menyarankan agar mereka yang mahu “hiking” selepas ini untuk pastikan diri “fit” dahulu dan tahu kemampuan diri.

sumber : vocket

Harap Maaf