Zakiah Anas Terharu Reaksi Positif Dari Penonton

“Perkataan pertama keluar dari mulut dia pun dah sedap. Memang betul “otai” masih berbisa”.

Itu antara komen warganet kepada bekas personaliti TV3, Zakiah Anas apabila diberi peluang menjadi penyampai berita Buletin Utama bersempena sambutan ulang tahun ke-38 stesen TV3 pada 1 Jun ini.

Zakiah antara 12 ikon penyiaran TV3 yang juga pernah menjadi penyampai berita stesen itu membuat kemunculan istimewa pada program berita nombor satu negara bermula kelmarin hingga 1 Jun ini.

Zakiah berkata, dia yang diberi peluang membuka tirai dan berpasangan dengan penyampai berita generasi baharu iaitu Khairul Rizuan Azizan menyifatkan ia satu sejarah.

“Melakar sejarah. Siapa sangka selepas lebih 20 tahun tidak ke udara sebagai penyampai berita, saya diberi peluang duduk kembali di set Buletin Utama menggalas tugas menyampaikan maklumat berita semasa untuk penonton setia TV3”.

“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Terima kasih rakan penyampai Khairul Rizuan Azizan, anda sangat berbakat, ada pakej lengkap sebagai penyampai berita yang baik. Banyak membantu kurangkan gemuruh saya”.

“Dan yang paling saya terharu adalah sambutan dan reaksi serta komen positif daripada penonton. Terima kasih yang tidak terhingga. Sayang anda semua” katanya.

Dalam masa sama, Zakiah yang juga bekas pengacara program 999 mengambil kesempatan merakamkan terima kasih pada TV3 atas peluang berharga itu.

“Ini takkan saya lupakan sampai bila-bila. Syabas dan terima kasih Mior Abdul Malek yang juga penyampai Buletin Utama yang mencadangkan idea ini. Terima kasih kru penerbitan Buletin Utama, terutama penerbit Norliza Mohd Zin. Mereka semua sangat hebat”.

“Terima kasih juga pada kawan-kawan, keluarga, kakak-kakak dan abang terutama suami tercinta dan anak-anak, terima kasih atas sokongan. Kalaulah abah masih ada sudah tentu dia insan yang paling teruja bila saya keluar TV. Dia adalah peminat nombor satu saya” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Bekas penyampai berita lain yang turut terbbit ialah Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Rosli Dahamin, Fuad Rahman, Datuk Jasni Shafie, Abu Bakar Atan, Zainal Ariffin Ismail, Ezzah Aziz Fawzy, Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Azura Abdul Karim dan Datuk Dahlan Maamor.

Apa Pendapat Anda..? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di ๐—•erita ๐—›ฤฑส™uส€แด€แดŽ ๐—ฆemasa

sumber : Harian Metro

 

Harap Maaf